 Blog For Free!
Archives
Home
2007 January
2006 December
2006 November
2006 June
2005 December
2005 August
2005 July
2005 March
2005 February
2005 January
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May
My Links
Nazim Masnawi
Kunin Did It
Abang Syuk Keji
Nazri M. Annuar
BOSSanova
pojok maya RULES!!!
Zen itu Zafer
Webcam mana?!!
Aida
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| ONE PIECE |
| 06.16.04 (4:55 am) [edit] |
[u][b]ONE PIECE : AKSI LANUN UNIK![/b][/u] [b]Manga One Piece bertemakan pengembaraan menarik diterbitkan dan masih disiarkan dalam Weekly Shounen Jump. Ianya merupakan manga yang sangat berjaya di Jepun ketika ini kerana jalan cerita, aksi-aksi pelik serta watak-wataknya yang jarang didapati di dalam mana-mana manga sebelum ini. Dengan garapan lukisan-lukisan yang simple menekankan unsur old school (cara lama) manga, juga jenaka yang 'melampau' menjadikan manga ini antara yang terunik dengan ciri-ciri tersendiri. Sepertimana manga, anime dan game One Piece juga amat popular malah sukses buat ketika ini di Jepun![/b]
[b]DI SEBALIK LANUN![/b] Nama: Eiichiro Oda Tarikh Lahir: January 1, 1975 Tempat Lahir: Kumamoto Prefecture, Japan.
*Mula melukis manga pada tahun 1985 (ketika berumur 10 tahun), iaitu selama lebih 19 tahun sehingga kini. *Pada awalannya beliau suka melukis gambar haiwan di dalam ensaiklopedia. *Banyak terpengaruh dengan hasil kerja Akira Toriyama (Dragon Ball) dan bagi pergerakan watak-watak One Piece beliau mengambil serba sedikit pergerakan watak 'Tom and Jerry' sebagai rujukan. *Antara anugerah yang dimenangi: Silver Honors, 44th Tezuka Awards / Gold Honors dan Hop-Step Awards. *Merupakan pelukis manga nombor 1 buat ketika ini!
[b]LANUN TERKINI & SENSASI[/b] Lanun selalu dikaitkan dengan perkataan ganas, kejam, tidak berhati-perut, serius dan yang seangkatan dengannya. Selau juga gambaran seorang yang berambut panjang memakai topi berwarna hitam mempunyai logo tengkorak di hadapan, menutup sebelah mata, mempunyai hook/tangan bercangkuk sepertimana Kapten Hook di dalam siri Peter Pan, malah seringkali ianya dikaitkan dengan Viking! Tetapi tidak bagi One Piece, wataknya direka dengan perwatakan tersendiri dengan jenaka yang tidak terduga dilakukan oleh lanun. Malah karakter-karakter yang agak pelik ini memberi pembaharuan di dalam sejarah manga.
[b]SINOPSIS[/b] One Piece mengisahkan Monkey D Luffy seorang budak yang tinggal di sebuah kampung kecil di Fushya Mura, kawasan West Blue ingin menjadi lanun sepertimana idolanya Shanks "Berambut Merah" ("Red Haired" Shanks), yang pernah menyelamatkan Luffy daripada dimakan oleh raksasa laut. Luffy secara tidak sengaja termakan buah 'gum-gum' yang telah disumpah, kemudian memperolehi kuasa untuk melentur seperti getah... namun akibatnya dia tidak boleh berenang seperti sediakala. Walaupun menghadapi masalah ini, Luffy sangat menginginkan untuk menjadi raja lanun dan dalam masa yang sama mengumpulkan rakan-rakan untuk mencari harta karun yang sangat ingin dimilikinya iaitu lagenda harta karun lanun bergelar 'One Piece'. Berbekalkan kebolehan yang ada serta rakan-rakan pejuang yang berkebolehan dia memulakan pencarian yang mencabar ini.
[b]MANGA ONE PIECE[/b] Manga One Piece diterbitkan pada tahun 1997 dan masih berjalan penerbitannya oleh majalah Weekly Shounen Jump di Jepun. Sehingga kini sebanyak 24 manga One Piece telah dihasilkan dan berada di pasaran.
[b]ANIME ONE PIECE[/b] Siri TV anime One Piece bermula pada tahun 1998 di stesen tv Jepun, sehingga kini sebanyak 118 episod telah dihasilkan. Antara yang terbanyak penyiarannya, mengingatkan kepada tempoh penyiaran Dragon Ball! Diterbitkan oleh Toei Studio yang merupakan pihak yang juga bertanggungjawab atas penghasilan anime Sailor Moon dan Dragon Ball.
[b]ANIME VIDEO ASLI ONE PIECE[/b] Anime pertama sekali dihasilkan merupakan di dalam bentuk OVA (Original Video Animation) iaitu Anime Video Asli pada tahun 1998, mengandungi tempoh tayangan selama 30 minit. Hanya boleh diperolehi dengan pembelian Weekly Shounen Jump melalui pos dan hanya 3 anime sahaja telah dihasilkan untuk versi ini. Bermakna ianya amat susah didapati (super rare!) buat ketika ini!
[b]SUARA LATAR[/b] Luffy D. Monkey - Mayumi Tanaka Nami - Wakana Yamazaki Roronoa Zoro - Kazuya Nakai Sanji - Hirata Hiroaki Usopp - Kappei Yamaguchi Chopper - Ikue Otani
[b]GAME[/b] Mempunyai 7 konsol game dari pelbagai format iaitu 3 untuk PlayStation, 1 untuk GameBoy Color dan 3 untuk sistem pegangan-tangan Jepun yang misteri iaitu WonderSwan dan WonderSwan Color. Grand Battle dan Grand Battle 2 untuk PSX adalah game berbentuk lawan (fighting), dan yang lainnnya adalah jenis RPGs (game permainan-watak). One Piece juga mempunyai permainan kad untuk dikumpul.
[b]LAGI?[/b] Penerbitan manga dan anime akan diteruskan untuk memenuhi permintaan peminatnya. Malah banyak game yang berkaitan dengan One Piece akan muncul menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai.
[b]BIOGRAFI LANUN[/b]
[u][b]Geng Baik[/b][/u]
[b]Chopper[/b]- Seekor rusa yang secara tidak segaja mendapat "Human-Human fruit" dan menjadi manusia-rusa. Dr.Hiluluk telah menjaga Chopper kerana rusa lain tidak menyukainya. Chopper ingin menjadi doktor setelah terpengaruh dengan Dr.Hiluluk dan kemudian menyertai krew Luffy. Dia menjadi doktor di kapal tersebut dan berharap menjadi doktor yang baik.
[b]Monkey D Luffy[/b]- Karakter Luffy merupakan satu watak yang agak tidak mengetahui tentang apa sahaja tetapi dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi rakannya. Satu hari, beliau termakan Devil Fruit yang memberi dia kuasa untuk menjadikan tubuh badannya melentur dan mempunyai sifat-sifat seperti getah. Tetapi buah tersebut membuatkan dirinya tidak boleh berenang seperti sediakala. Namun begitu, Luffy bercadang untuk menjadi Raja Lanun. Dia berkebolehan untuk membuat serangan istimewa dengan badan getahnya dan boleh menangkis tembakan peluru. Luffy mengumpulkan rakan-rakan pengikutnya untuk mendapatkan lagenda harta karun - One Piece.
[b]Nami[/b] - Seorang budak perempuan yang bertemu Luffy apabila secara tidak sengaja dia telah mendarat di lautan yang salah. Nami suka merompak harta milik lanun yang membolehkan beliau membeli sebuah kampung satu hari nanti. Nami belot kepada Luffy pada mulanya, tetapi kemudiannya mereka menjadi kawan dan dia memandu kapal Luffy. Dia amat berhati-hati dengan apa yang dirompak dan hanya mencuri untuk menolong segolongan manusia. Dia menggunakan paras rupanya untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Selalunya lanun akan terperangkap dengan tipu helahnya. Dia amat benci akan lanun kerana dia kehilangan beberapa orang penting dalam hidupnya kepada mereka, tetapi dia menyertai Luffy kerana dia nampak kelainan di dalam kumpulan itu.
[b]Nico Robin[/b]- Dia berharap dia adalah merupakan yang pertama mempelajari sejarah dunia. Dia mempunyai kuasa "Hana-Hana fruit", yang mempunyai kuasa 'telekinesis'. Tetapi dia juga boleh membina kembali anggota badan. Dia merupakan ajen tertinggi kerja Baroque tetapi dia hanya menerima rasuah. Kemudian dia menyertai Luffy dan diterima dengan gembira. Zoro mempunyai masalah untuk mempercayainya. Dia masih di dalam pelarian daripada kapal laut kerana semasa dia kecil dia telah makan 'devil fruit' dan memusnahkan kapal laut tersebut.
[b]Roronoa Zoro[/b]- Asalnya dia merupakan pemburu lanun, tetapi pada satu hari Luffy menyelamatkan hidupnya dan Zoro bersetuju menjadi sebahagian daripada pengikut Luffy. Dia menggunakan pedang dan mahir di dalam mengendalikan tiga pedang sekaligus. Tiga pedangnya bernama 'Santoryu'. Dia berharap untuk menjadi pemain pedang yang paling unggul kerana dia telah berjanji kepada rakannya yang telah mati; Kuina yang dia boleh. Dia berlatih pelbagai teknik pedang yang berlainan separuh hidupnya dan boleh membawa maut apabila di bawa ke medan pertempuran. Dia dan Luffy menjadi sahabat baik walaupun mereka tidak bersetuju dengan semua benda.
[b]Sanji[/b]- Apabila Sanji dan Luffy bertemu, dia merupakan penolong ketua kepada ketua tukang masak dan pemilik bot yang terkenal bernama Zeff. Dia amat pandai memasak dan selalu akan kelihatan sedang menghisap rokok. Dia menggunakan kaki untuk berlawan. Dia tidak menggunakan tangan kerana tendangannya amat bertenaga. Malah dia juga ada berkata bahawa tangannya hanya diperlukan untuk memasak sahaja. Dia suka wanita cantik dan selalu berpoya-poya dengan Nami. Impiannya adalah untuk mencari kawasan berdekatan dengan Grandline bernama "All Blue". Merupakan kawasan di mana terdapatnya banyak ikan. Sanji menyertai Luffy tetapi berasa berat hati untuk menyertainya kerana dia merasakan yang dia tidak memenuhi kehendak Zeff. Zeff mahu Sanji pergi dan Sanji menyertai Luffy.
[b]Shanks[/b]- Ketua lanun yang menjadikan tempat tinggal Luffy sebagai pengkalan sebelum mereka belayar. Shank dan pengikutnya disambut baik oleh penduduk di situ. Luffy selalu bersama Shank sepertimana semasa dia kecil, Luffy amat bercita-cita untuk menjadi lanun. Shanks tidak pernah membawanya bersama semasa ekspedisi yang membuatkan Luffy lebih beriya-iya untuk menjadi lanun dan membuktikan bahawa dia mampu menjadi lanun yang hebat. Shanks kehilangan kakinya semasa menyelamatkan Luffy daripada raksasa laut tetapi dia tidak kisah. Semasa hari terakhir Shanks menggunakan bandar Luffy untuk pengkalannya, dia memberi Luffy topinya dan memberitahunya untuk menjadi lanun yang hebat dan mengembalikan topinya satu hari nanti.
[b]Usopp[/b]- Budak berumur 17 tahun, juga dikenali sebagai budak pandai menipu yang tiada batasan. Dia berbangga dengan bapanya yang juga seorang lanun yang belayar bersama lanun terkenal, Shanks. Di tempatnya, dia telah membuat satu kumpulan 'lanun'. Dia merupakan seorang penembak tepat dengan lastiknya dan mempunyai banyak peluru yang disimpan di dalam poket pinggangnya. Dia akhirnya menyertai kumpulan Luffy dan kadangkala mengakui bahawa dia adalah ketua.
[u][b]Geng Jahat[/b][/u]
[b]Alvida[/b]- Alvida merupakan lanun perempuan yang hodoh, yang merasa bahawa dirinya dia adalah yang terbaik. Dia membuat Koby kerja dengannya selepas dia memasuki kapalnya secara tidak sengaja. Dia menggunakan cemeti besi untuk memukul pengikutnya apabila mereka tidak taat akan perintahnya.Pengikutnya amat takut dengan Alvida. Simbol lanunnya ialah tengkorak dengan hati dan dua tulang yang melintang berbentuk X.
[b]Buggy The Clown[/b]- Buggy adalah lanun berpakaian badut yang kejam! Buggy amat marah apabila seseorang membuat lawak tentang hidungnya. Pengikutnya seperti satu pasukan sarkas yang besar keluar untuk membunuh. Antara pengikutnya ialah Mohji sang penjinak singa dan Cabaji sang akrobatik. Buggy dan pengikutnya menggunakan bola meriam bernama "Buggy Balls" di mana ianya boleh melenyapkan separuh bandar dengan hanya satu ledakan. Dia menggunakan senjata itu untuk menghalau keluar penduduk di tempat mereka singgah. Malangnya, selepas menembak ke arah Luffy, Luffy membalikkan kembali bola meriam tersebut kepada bangunan tempat Buggy dan pengikutnya berada.
[b]Cabaji The Acrobat[/b]- Kawan Buggy the Clown yang kedua. Dia mempunyai "Serangan Sarkas" yang banyak yang dicipta olehnya. Banyak yang pelik tetapi boleh menyebabkan kemusnahan yang serius. Walaubagaimanapun Zoro telah membunuhnya dengan mengunakan Santoryu, gaya tiga pedang.
[b]Helmeppo[/b]- Anak kepada Kapten Morgan dan merupakan seorang yang sangat menimbulkan masalah.
[b]Richie The Lion[/b]- Merupakan Singa yang dijinakkan oleh Mohji dan dikawal olehnya.
[b]Morgan[/b]- Kapten pengkalan tentera laut. Morgan adalah lelaki yang kejam dengan kapak di sebelah tangannya.
[b]Mohji The Lion Tamer[/b]- Mohji merupakan rakan Buggy the Clown yang pertama. Dia adalah penjinak singa dan mempunyai singanya sendiri yang bernama Richie. Mohji telah dihantar oleh Buggy untuk mencari kemudian membunuh Luffy dan Zorro. Dia membuat rambutnya seperti Singa, yang mana sesuatu yang agak pelik.
[b]Kuro/Kurahadol[/b]- Kuro seketika dulu merupakan seorang lanun yang jahat, tetapi berpura-pura mati dan kembali menampilkan diri dengan nama Kurahadol. Dia menjadi pembantu rumah di sebuah rumah besar di dalam bandar yang didiami oleh seorang gadis bernama Kaya dan ibu bapanya sehingga ibu bapa Kaya meninggal dunia. Kuro mendiami bangunan tersebut selama 3 tahun sambil menunggu masa sesuai untuk melancarkan rancangannya. Dia merancang untuk menghancurkan bandar itu. Dalam masa yang sama Kurahadol ingin menipu Kaya untuk memberikan kesemua wang kepadanya dan cuba membuatkan Kaya terbunuh.
[b]Arlong[/b]- Arlong merupakan penjahat syaitan mencuba untuk membina empayar bernama "Arlong Empireā (Empayar Arlong). Arlong menjajah tempat kediaman Nami, Kampung Kokoyashi. Dia menggunakan kediaman tersebut bagi tujuan ketamakan beliau malah telah memaksa Nami untuk membelot kepada rakannya; The Straw Hat Pirates dan memberi hartanya juga nasibnya kepada Arlong. Arlong mempunyai 20 juta buah-buahan berry di atas kepalanya dan jika diperhatikan dengan teliti dia adalah ikan gergaji jadian. Dia juga tinggal di Grandline.
[b]Jango[/b]- Jango adalah kapten kedua kumpulan lanun Kuro. Kuasa Jango adalah mampu memanipulasi minda orang lain untuk kepentingannya. Dia bercadang untuk memanipulasi Kaya untuk memberikan nasib kepada kumpulan lanun Kuro dan membolehkan Kuro membunuhnya. Jango mempunyai senjata pukau yang boleh memotong mana-mana musuh yang dianggap ancaman kepadanya.
[u][b]Watak Sampingan[/b][/u]
[b]Boodle[/b]- Merupakan Datuk Bandar bagi bandar di mana Luffy, Zoro and Nami berlawan dengan Buggy the Clown.
[b]Carrot[/b]- Carrot adalah ahli kumpulan lanun Usopp.
[b]Chou-Chou[/b]- Chou-Chou adalah anjing putih kecil yang Luffy dan rakannya jumpa selepas berlawan dengan Buggy.
[b]Gaimon[/b]- Luffy, Zoro dan Nami mendarat di sebuah pulau yang kecil selepas mengalahkan Buggy the Clown, di sana mereka berjumpa dengan seorang lelaki bernama Gaimon. Gaimon pada mulanya cuba menakutkan mereka akhirnya mendedahkan idenitinya.
[b]Kaya[/b]- Seorang gadis di kampung Usopp.
[b]Koby[/b]- Seorang budak lelaki yang bekerja di kabin kapal.
[b]Piman[/b]- Piman adalah ahli kumpulan lanun Usopp.
[b]Onion[/b]- Onion adalah ahli kumpulan lanun Usopp.
[b]Gold Roger[/b]- Lanun yang mempunyai lagenda tersendiri.
[b]Merry[/b]- Pembantu rumah Kaya.
[b]Joni[/b]- Pemburu lanun di bawah kawalan Zoro.
[b]Yosaku[/b]- Kawan Joni. Pernah menghidap penyakit skurvi.
[b]TEKNIK-TEKNIK GAYA LANUN[/b]
[u][b]Teknik Luffy[/b][/u] Gaya Luffy berlawan amat unik. Walaupun dia tidak kelihatan cerdik, teknik serangannya terancang di dalam setiap situasi. Luffy tidak menggunakan sebarang senjata kecuali dengan tangan kosong sahaja, berbekalkan keupayaan melentur seperti getah dia boleh mengakibatkan kemusnahan yang maksima kepada musuhnya.
[b]Gum Gum Whip[/b] - Luffy menggunakan kakinya untuk serangan ini dan melenturkannya bagi tendangan unjuran luas. Pertama kali menggunakannya apabila bertarung dengan kapten tentera laut, Morgan.
[b]Gum Gum Rocket[/b] - Melentur tangannya dan mencapai sesuatu, Luffy melonjak dirinya tinggi ke udara dengan teknik unik ini. Dia menggunakan teknik ini untuk ke atas bangunan tentera laut dan melonjak dari kapalnya menangkap burung yang hendak dimakan.
[b]Gum Gum Ballon[/b] - Gerakan ini amat menggelikan hati. Luffy mengembang dan melantunkan apa sahaja yang dilontarkan/dipukul ke arahnya. Apabila Buggy the Clown menembak Buggy Ball ke arah Luffy, dia menggunakan gerakan ini untuk melantunkannya kembali dan memusnahkan bangunan di mana lanun-lanun penjahat berada pada ketika itu.
[b]Gum Gum Screw [/b]- The Gum Gum Screw adalah apabila Luffy memusingkan kedua belah tangannya dengan laju dan memaut musuh, membantingnya ke tanah. Pertama kali menggunakan teknik ini apabila berhadapan dengan Richie the lion.
[b]Gum-Gum Sickle[/b] - Dengan satu tangan dilenturkan ke bawah untuk mengukuhkan objek di belakang musuhnya, dia memanjangkan tangan kedua dan membuat Clothesline atau menghentak musuhnya ke bawah di mana dia menarik kembali tangannya. Luffy menggunakan teknik ini menentang Buggy, tetapi sia-sia kerana tidak berjaya.
[b]Gum-Gum Bazooka[/b] - Melentur kedua belah tangannya sejauh mana yang dia boleh, Luffy kemudian melontar musuh (Buggy) jauh dari dirinya.
[u][b]Teknik Zoro[/b][/u] Amat tenang. Dalam tenang, serangannya boleh membunuh dengan begitu cepat. Seperti Luffy, dia sering mempunyai serangan baru dalam setiap situasi baru yang bahaya. Zoro memiliki serangan-serangan yang boleh membuatkan musuhnya melayang jauh, yang mana boleh mengakibatkan kematian dengan hanya satu pukulan dan apabila dia menggabungkan unsur-unsur angin dengan permainan pedangnya, dia tidak dapat disekat! Zoro menggunakan tiga bilah pedang untuk bertempur, dua di tangan dan satu di mulut. Antara beberapa serangan memerlukannya menggunakan dua bilah pedang sahaja.
[b]3 Gaya Pedang Santoryu[/b] - Sebagai seorang kanak-kanak, Zoro selalu menggunakan 2 pedang untuk bertempur. Apabila rakannya Kuina terbunuh, dia menggunakan pedang Kuina dan memegang janji yang mereka bina. Mereka berjanji untuk menjadi pemain pedang yang terhebat. Dengan tiga pedang ini, Zoro mempelajari gaya pedang Santoryu, menggunakan kedua tangan dan mulutnya memegang ketiga-tiga pedang tersebut.
[b]Oni Giri[/b] - Apabila Zoro pertama kali menggunakan pergerakan ini, dia berhadapan dengan rakan kedua Buggy, Cabaji. Dalam pertempuran ini dia tidak bernasib baik, mendapat luka yang besar daripada Buggy. Dalam keadaan belum sembuh, membuatkan dia begitu lemah dan Cabaji menggunakan peluang ini untuk membuat luka tersebut lebih parah. Walaupun kelihatan amat sakit, Zoro tidak begitu peduli tentangnya. Dia menyerang Cabaji menggunakan gerak Oni Giri (Membelah Hantu) dengan menyilangkan kedua tangannya dan berlari ke arah musuh lalu melibas pedangnya. Ia dapat membunuh Cabaji dengan seberapa segera dan ianya merupakan satu serangan yang amat bertenaga.
[b]Takanami[/b] - Zoro menggunakan pedangnya untuk membentuk angin bagi melibas musuh melayang jauh. Untuk teknik ini, dia hanya menggunakan dua pedang sahaja. Maksud serangan ini adalah 'Arus Helang'.
[b]Tatsumaki [/b]- Satu di antara serangan Zoro yang padu. Zoro membentuk lingkaran angin dan mengakibatkan musuhnya seperti dilanda taufan! Zoro mencipta teknik ini dengan kuasa pedangnya untuk memanipulasi tenaga taufan yang hebat. Maksud serangan ini ialah 'Lingkaran Naga'.
[b]Tora Gara[/b] - Di dalam aksi ini, Zoro menggunakan ketiga-tiga bilah pedang, dia meletakkan satu pedang di mulutnya dan meletakkan kedua-dua bilah yang lain di belakang badannya. Kedudukan serangan ini adalah menakjubkan kerana formatnya sama seperti simbol orang cina. Maksud serangan ini ialah 'Pemburuan Harimau'.
[b]Sanzen Sekai[/b] - Teknik yang mudah tetapi bertenaga. dia meletakkan satu pedang di mulutnya dan meletakkan kedua-dua bilah yang lain di kedua tangannya. Kemudian, dengan kawalan ketiga-tiga pedang, dia memotong musuhnya dengan ketiga-tiga pedang tersebut. Ini telah digunakan di dalam pertempuran menentang Mihawk. Ia membawa maksud '3000 dunia' dan juga dirujuk sebagai 'Penderitaan Dunia'.
[b]Ushibari[/b] - Zoro menggunakan dua bilah pedang untuk merempuh musuh dan dengan kelajuan yang jitu dia memotong musuh beberapa kali. Maksud serangan ini ialah 'Jarum Lembu'.
[b]Shishi Son Son[/b] - Zoro menggerakkan pedangnya dengan pantas dan membunuh musuh. Mudah tetapi merupakan satu aksi yang efektif. Maksud serangan ini ini ialah 'Nyanyian Singa' dan 'Kemarahan Singa'.
[u][b]Teknik Sanji[/b][/u] Sanji adalah seorang pejuang yang pelik. Dia memilih untuk menggunakan kaki kerana dia beranggapan bahawa tangannya hanya direstui untuk memasak. Sanji mempunyai beberapa serangan kaki yang unik dengan berbekalkan kelajuan yang jitu, dia benar-benar tidak memerlukan tangan untuk bertempur. Dia merupakan karakter yang paling unik!
[u][b]Teknik Usopp[/b][/u] Dia adalah karakter yang kelakar. Dia tidak benar-benar bertempur, kecuali melakukan dengan 'cara sendiri'. Usopp tidak mempunyai kekuatan yang menakjubkan seperti Luffy ataupun serangan maut pedang Zoro, tetapi dia mempunyai cara bertempur yang tersendiri. Usopp menggunakan lawak dan objek-objek untuk memusnahkan musuh. Dia membuat peralatan lawak yang membawa kepada kejayaan, dengan menggunakan otak. Oleh yang demikian sedikit sebanyak telah membantu beliau menjadi pemikir yang inovatif bagi menyelamatkan diri di dalam pelbagai situasi.
[u][b]Teknik Nami[/b][/u] Nami tidak gentar untuk menggunakan tangannya tetapi dia lebih cenderung kepada penggunaan senjata yang terbahagi kepada 3 bahagian. Setiap bahagian senjata mempunyai kemampuan yang berbeza dan kesemuanya boleh bergabung menjadi satu serangan yang mutakhir. Di sebalik penggunaan senjata, dia dikenali dengan menampar, memukul dan menendang sesiapa sahaja yang menganggunya.
[u][b]Teknik Chopper[/b][/u] Chopper bukan sekadar lelaki kecil, dia juga boleh berubah kepada versi dirinya yang menakjubkan, memberinya tenaga yang tidak terduga. Chopper mempunyai 7 transformasi (perubahan fizikal) dan dia adalah lebih bertenaga berbanding dengan penampilannya!
[b]One Piece adalah antara sesuatu yang unik selepas Dragon Ball. Dengan pengolahan cerita tanpa batasan ia dicanangkan sebagai nombor satu pada ketika ini dan tidak mustahil ianya akan lebih berjaya di masa akan datang. [/b]
http://www.shonenanime.com" title="http://www.shonenanime.com" target="_blank"http://www.shonenanime.com | http://www.sleepisfortheweak.... | http://www.angelfire.com/anim... |
|
|
|
| |
| haaaaaaaaa!!!! |
| 06.08.04 (9:14 am) [edit] |


1. Some Hits 2. Some More Hits 3. Pepe, The Gay Waiter 4. Even More Hits 5. M.J.C. 6. Flower Shop Guy 7. Living Colour Is My Favorite Black Metal Band 8. Lenny's In My Meighborhood 9. Stain' Alive (OI ! Version) 10. Benchpressing The Effects On Kevin Sharp's Vocals 11. Josue 12. Delicious Face Style 13. #19 To Go 14. Stealing Seth's Ideas 15. Morbid Dead Guy 16. Believe In The King 17. Don't Call Japanese Hardcore Jap Core 18. Shut Up Mike, PT.2 19. Hey, Aren't You Gary Spive? 20. Breastfeeding JM J.Bullock's Toenail Collection 21. Fore Play With A Tree Shredder 22. 2 Down 5 To Go 23. I Liked Earache Better When Dig Answered The Phone 24. Brain Dead 25. Newest H.C.Song #3 26. The Sultry Ways Of Steve Berger 27. Escape 28. Lives Ruined By Music 29. Still A Freshmen After All These Years 30. I'm Stil;l Standing 31. Art Fag 32. John 33. Newest H.C.Song #4 34. Songs #9 35. Cleft Palate 36. Theme From The A-Team 37. Old Lady Across The Hall With No Life 38. Shut Up Paul 39. Lazy Eye (Once A Hank, Always A Hank) 40. American Woman
produced by TINA MORRISEY & A.C.
John Kozik : Guitar Seth Putnum : Vocal Tim Morse : Drums Paul Kraynak : Guitar
:wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :roll: :lol: :lol: 8)
|
|
|
| |
|
|