NEUROTIC*EUPHORIA


Blog For Free!


Archives
Home
2007 January
2006 December
2006 November
2006 June
2005 December
2005 August
2005 July
2005 March
2005 February
2005 January
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May

My Links
Nazim Masnawi
Kunin Did It
Abang Syuk Keji
Nazri M. Annuar
BOSSanova
pojok maya RULES!!!
Zen itu Zafer
Webcam mana?!!
Aida

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



JAP PUNK?!
01.10.05 (6:41 pm)   [edit]

    J-PUNK: LAWAN BUDAYA? 
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;  Jap Records    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;
Punk menggegar dunia pada tahun 1970-an dengan kemunculan ikon² punk seperti "Sex Pistols", "Clash", "Crass" & "Ramones". Jepun juga tidak terkecuali dengan tempias ini & gelaran "J-Punk" telah diberi kepada golongan remaja² punk di Jepun.

DEFINISI
J-Punk/JP adalah singkatan kepada frasa "Japanese Punk" ataupun "Punk Orang Jepun". Golongan JP selalunya berpakaian pelik daripada kebiasaan dengan mengambil unsur² punk barat seperti di UK & USA. Fesyen rambut dan aksesori yang menghiasi mereka juga begitu unik serta sering dianggap bertentangan dengan tatacara budaya seharian. Ciri² utama: Rambut yang terpacak (mohawk/spiky), memakai jaket kulit yang berpaku (studded), kasut but, seluar kulit/jeans ketat, kain bondage*, kemeja-t kumpulan punk kegemaran serta aksesori² tambahan seperti rantai leher & gelang tangan.
*pakaian tradisional masyarakat Scotland, UK

KRONOLOGI
"Punk Rock" adalah genre muzik tema bagi pengikut² Punk seluruh dunia & ia mula bertapak di Jepun seawal tahun 1980-an. Genre muzik JP juga di gelar sebagai "Japcore" (Japanese Punk/Hardcore) & ia merupakan identiti yang amat dikenali oleh golongan² Punk sedunia. Antara kumpulan² JP terawal yang wujud pada tahun 1980-an adalah "The Stalin", "Gauze", "Gism", "Confuse", "Lip Cream", "The Swankys" & "Kuro". Ini diikuti oleh kumpulan² yang wujud di antara tahun 1990-an hingga kini seperti "Battle Of Disarm", "Unholy Grave", "Slight Slappers", "DxIxE", "Warhead" & "Nikudorei".

PENGARUH

JP rata² banyak dipengaruhi oleh kumpulan² punk dari UK serta USA antara tahun 1970 hingga 1980-an seperti "Crass", "Conflict", "Discharge", "Doom", "Heresy", "Minor Threat" & "DRI". Namun, kumpulan² antarabangsa seperti "Lärm" (Holland), "Mob 47" (Sweden), "Rattus" (Finland) & "Negazione" (Itali) sedikit sebanyak menyumbang kepada budaya Punk yang menular di kalangan remaja Jepun sehinga kini.

PRINSIP

Mereka mengamalkan prinsip "DIY" yang juga menjadi amalan aktivis² punk seluruh dunia. DIY adalah singkatan frasa "Do It Yourself" ataupun "Buat Sendiri"; berdikari tanpa mengharap pertolongan pihak lain secara langsung di dalam menjalankan aktiviti² yang berkaitan. Mereka menghasilkan rakaman lagu & mengadakan gig* dengan kerjasama sesama sendiri melalui prinsip DIY ini. Mereka percaya bahawa hasil titik peluh mereka akan dikaut sewenang-wenangnya melalui campurtangan pihak ketiga (orang tengah/kaum pemodal)!
*persembahan kecil

AGENDA
Antara agenda² yang sering mereka ketengahkan adalah perihal alam sekitar & kemanusiaan. Mereka berbicara tentang hak asasi manusia, anti peperangan, anti terhadap ujikaji haiwan, keharmonian & benci terhadap diskriminasi (perkauman) serta penindasan (fasisme).

Berikut adalah pendapat Ryuji Asada (seorang JP & vokalis kumpulan Battle Of Disarm/BOD) mengenai JP. Mereka telah mengadakan persembahan di Malaysia pada Mac 2004 lalu & masih aktif sehingga kini!
"Kami ingin menyampaikan idea² mengenai hak asasi manusia, anti ujikaji terhadap haiwan serta anti peperangan. JP bagi saya ialah; "anda seharusnya jujur di dalam segala hal & melakukan apa yang diperkatakan". Gaya tidak menentukan anda sebagai JP yang sebenar! Masyarakat Jepun masakini tidak prihatin akan hak² asasi serta perihal permasalahan sosial. Mereka lebih gemar perkara yang berkaitan dengan wang & tidak peduli kepada mereka yang lebih memerlukannya".

Mereka digelar pemberontak, melawan arus & tentangan budaya, namun melalui kupasan ini jelas menunjukkan JP bukan hanya bersifat hedonistik semata-mata. Di samping minat mendalam terhadap muzik & berfesyen, ia juga menyumbang kepada ciri² prihatin yang serius terhadap masalah sosial yang melanda Jepun ketika ini. Banzai!!!

Laman web rujukan: http://www.japuscore.com | http://www.jap-punk.com


A punk band performing on the street!

 
Apa ada pada 15 Januari?
01.10.05 (6:00 pm)   [edit]

Behind The Moon...


BEHIND THE MOON, THERE'S A ... gig
+ Launching PRACTICE SUBVERSIVE #13 [January 2005]  

EyeSore [Singapore Grindcore]
Quest Of Quasar [KL Screamo Violence/Crustcore]
Revenge of The Killer Germs [Kelantan Punk Rock with FNBKL Volunteer]
LastxMinute [Old Skool with female on vox]
Nuisance Drilled [Pioneer Malaysian Sludge from Klang]
Suicide Me Not [Indera Mahkota Flash (Clark Kent) Ultra Core]
Young And Dangerous [UDA Fastcore YouthScrewed Up] 

+ Opening act by: Missing Chapter [Kelantan Indie Rock/Pop]  

Date: 15th January 2005
Time: 1 pm onward!!! [PLEASE COME EARLY!] 
Place: Criiz Club Bukit Bintang KL
+ In front of 7 Eleven Headquarters at Jalan Sultan Ismail
+ From KL Metro Bus To Bukit Bintang
Ticket: RM13
Contact: Muhamad - 0166956272
Email: a_roswellboy@yahoo.com
Web: http://musik.hancur.org" title="http://musik.hancur.org" target="_blank"http://musik.hancur.org 

"We're helping to gather donations and goods for the Tsunami Victims. Kind hearted gig goers, you could help out by filling the donation boxes at the show! All the donations hopefully would reach the victims in Penang and Aceh. For the time being I'm thinking of some NGO's or do you guys know any reliable alternatives? Anyway, I do have reliable friends in Bandung who works for the Toko Buku Kecil (Tobucil), which also the Posko Peduli Aceh (a place to gather donations for the tsunami victims) for the time being. So if everyone not keen with the local NGO's or govt bodies, I can wire them directly. But what about Penangites? Any suggestions? And yeah, if you need more information on Toko Buku Kecil, Bandung and their Posko Peduli Aceh, please check out their website at http://www.commonroom.info" title="http://www.commonroom.info" target="_blank"http://www.commonroom.info. Anyone feel free to tell me what do you guys think about this, ok?" - Kid on behalf of Quest of Quasar.

More info about this gig: http://kerbau.com/joeblog/comments.php?id=223_0_1_0_M12" title="http://kerbau.com/joeblog/comments.php?id=223_0_1_0_M12" target="_blank"http://kerbau.com/joeblog/com...

 
Stim?
01.10.05 (4:27 pm)   [edit]

Hahaha... semalam aku berjaya melelehkan air liur rakan² se-department aku! HAHAHA! Seronok gak bila dapat tunjuk vcd anime "Monster" kat diorang. bukan nak menunjuk atau apa... saja nak menyakat. yer la. macam awek seksi, pakai seksi² belah sana-sini, dedah sana-sini... tapi pegang tak dapat, tak boleh... haha... tak bengang ke camtu? Wahaha... aku pepagi tadi dah dihidangkan dengan goyangan pinggul tah amoi mana tah... giler seksi... dia nak pi kerja ke... nak pi kelab malam? tapi nampak gayNaoki Urasawa + Monsteranya cam nak pegi kerja... lagi pun masih awal pagi... ahhhh... lantakkan ler... apa-apahal dia yang tanggung... dah dia suka camtu... aku nak buat apa lagi? hehe... eh? lari topik plak... anime Monster ni memang syok dok ada... tragis pun tragis... dramatik? jangan cerita la... dari mula sampai abes, dramatik sungguh. nak nangis pun ada. anime ni mengisahkan sorang doktor yang terpaksa berhadapan dengan konspirasi jahat tau nak ambik untung oleh presiden hospital tempat dia kerja. lebih haru lagi, presiden tu bapak mertua dia... nak tak nak kena akur la jugak sebab nak jaga hati pak mertua la katakan... lagi membengangkan aku, tunang dia ni agak cam haram sikit perangai. pentingkan kedudukan, pangkat & darjat. Harta benda & wang ringgit tu dah biasa jadik mainan la. mungkin tunang doktor ni dah dididik dengan kehidupan camtu sejak kecik lagi. satu lagikan, tunang dia ni ada sinister eye... yer la mata cam evil² tu... sinis je... tajam mendalam maksud renungannya. ada satu babak time tunang dia ni mencampakkan cincin pertunangan diorang time mamat doktor ni dalam kesulitan... selfish sungguh! cilake betul. eh... terlebih emosi plak. sorry. aku bukan apa... baik korang tengok anime ni... memang menyayat hati. kang kalau aku cerita lelebih kang, korang bengang plak! spoiler la, itu la. potong stim la. hehe... tapi, kenapa tajuk dia Monster? haaa... monster terjadik apabila doktor yang malang ni telah meluahkan perasaan marah yang terpendam dalam diri dia pada pesakitnya yang dalam keadaan koma... eh? spoiler lagi! hahaha... baik korang tengok je la. aku ni kalau bercerita maunya nak beritahu semua. sorry lah ye? baik korang pi beli. tak rugi woii... ok la eh? kerja banyak ni. kang boss aku bising plak. banyak lagi tak siap ni. bye bye. caloz. adios amigos!~ Oraleee!~~~

 
Super Kanina Man?!
01.09.05 (11:43 pm)   [edit]

Arghhkkk!!!


Panjang gak aku taip kan? haha... lama tak membebel dalam blog. Ni lah jadiknye. Gian tak memasal. Huhu... cam pretentious pun ada gak! Arsehole betul lahhh... hehe...

 
Kanina!
01.09.05 (11:28 pm)   [edit]
Wah lau... semalam aku just lepak umah. Kipas tarak... huih... panas weh. dah 2 hari camtu. better get my new kipas then. tapi, sebab takde kipas & kepanasan ni lah yg membuatkan aku bangun awal skang ni. bagus gak. telinga aku semakin alert dengan bunyik persekitaran. hehe... mau taknya. kalau dulu, telinga aku sebal dengan bunyik kipas berdengung-dengung. skang tak lagi... hehe... sampaikan bunyik burung berkicaun atas pokok seawal 6:00am pun aku bleh terbangun... baik punya penangan. Tengkiu burung² di dedaunan. Ada hikmah di sebalik ketiadaan kipas angin tu aku rasa, selama ni bila aku renung & dengar... rasa macam tak tenteram... semacam ade secarik memori kat kipas tu... seKipas itu indah...memangnya ada... cuma aku je yang menafikannya. Banyak lagi benda yang dah takde kat depan mata aku... kalau difikirkan memang la banyak memberikan angin perubahan baru dalam hidup aku... dulu benda² tu selalu menemani aku tatkala aku balik dari kerja atau kesengalan sorang² dalam bilik sementara tunggu keesokan pagi untuk pergi kerja... ntah ler... sedih pun ada... gembira pun ada... yang pastinya perkara tu tak patut berlaku... tapi tuh la, mende kalau pendam lama², berdarah bernanah teruk gak nanti... lagi besar impak di kemudian hari... jadik kat sini... aku dah kehilangan & dapat banyak benda di sebalik keputusan yang aku buat... bila aku tanya balik kat diri aku... hmmm... jawapannya ialah... lipatan sejarah yang aku lalui tu memang perit... kalau nak diibaratkan sebuah objek... hmm... bayangkan sekeping daging yang busuk tapi still kena carik² dengan sebilah belati tajam... tragik?! Tak... belum tragik... banyak lagi sebenarnya yg aku dok simpan dalam². kalau citer lebih kang, orang kata aku mat kuntum... mat emosi... mat kenangan etc... tapi gitu la... kalau nak dilukiskan secara abstrak... karya Jackson Pollock pun tak se-chaotic hati kacau bilau aku ni... esok lusa kalau aku dah dapat kekuatan nak lukis balik, aku lukiskan camana jiwa raga aku skang ni... so, korang semua leh tengok camane jiwa aku skang ni... ia takkan berubah... tetap begitu... carikkan yang takkan pernah dapat aku padamkan... luka yang takkan pernah sembuh... bukan itu yang aku nak... tapi benda dah jadi... bukan aku yang buat... tapi orang lain... duh... enough said... aku nak sambung kerja! Chow sekali lagi!!!~
 
Hotak kau!
01.09.05 (11:06 pm)   [edit]

Ultraman Zearthaku hari ni takde buat apa sangat. cuma otak berserabut. banyak benda nak kena fikir... itu la. ini la. fucker betul la... otak aku ni dah crammed ngan bermacam mende... "shit" "kimak" "sial la" "net lembab... kimak". haha... kekawan aku dok menyumpah... "bodoh punya tutt"... kurang ajar gak mulut kekawan satu opis aku ni... haha... aku pun apa kurangnya. alamak... salhan aka Kunin ade mintak aku sketch utk articles dia... sorry la kunin, otak wa serabut... idea ilek la... alamak!!! si cibai kia pun mintak wa lukis utk upcoming releases band² bawah label dia... hampagas betul... satu mende pun tak start! sorry la brader... otak wa crammed la sejak dua menjak ni... tak berfungsi dengan betul... kerja banyak tak jalan... macam² nak kena deal... blog aku ni dah lama tak bertulis... hmmm... zine aku "A Dream? #3" ni pun x buat mende lagi... apa laa nak jadi ngan aku ni?! Jadik ultraman Zearth?! Boley? Baltan?! Tak boleh?! Ok caloz!!! Malam ini mau jamming!!! Yehaaa!!! Chowz!~