NEUROTIC*EUPHORIA


Blog For Free!


Archives
Home
2007 January
2006 December
2006 November
2006 June
2005 December
2005 August
2005 July
2005 March
2005 February
2005 January
2004 August
2004 July
2004 June
2004 May

My Links
Nazim Masnawi
Kunin Did It
Abang Syuk Keji
Nazri M. Annuar
BOSSanova
pojok maya RULES!!!
Zen itu Zafer
Webcam mana?!!
Aida

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Aku ke ni?
07.28.05 (11:10 pm)   [edit]
Sebenarnya aku blur nak tulis apa. Dah lama tak tulis dalam blog ni. Otak aku semacam dah beku. Hari ni masuk kerja half day. Bangun pagi pening kepala. Sakit perut. Damn! Kenapa ni? Skang ni bangun pagi pun dah terasa cam malas nak mampos. Apasal haa? Otak aku ni ok ke tak? Banyak sebenarnya bermain dalam otak aku ni. Ntah la, takkan nak luah kat sini kot? Kasik orang baca? Then mintak simpati? What the? Dalam dunia ni bukan ko sorang jer yg duduk Zaki, takde masa orang nak peduli pasal ko sorang jer. Ntah la. Aku pun? Ada peduli pasal orang lain? Ada gak! Ye ke? Ko jangan nak menanam tebu tepi bibir la. Aku dah faham sangat perangai ko ni Zaki. Selfish. Tak guna. Harap simpati orang. Ye ke? Ntah la. Nak kata hidup tak lengkap? Kerja tetap ada. Tetiap bulan masuk duit. Tak cukup? Alaaa... ko ni memang jenis tak bersyukur kot? Tak reti manage duit! Ahh... bukan masalah tak reti nak manage duit. Tapi masalahnya sekarang, banyak benda nak dibuat dengan duit yang aku dapat tetiap bulan tu. So? Buat satu-satu la. Ko ni kelam-kabut sangat. Yer la. Bukan kelam-kabut. Tapi tuh la. *Zaki! Uh? Apa Roy panggil aku tetiba ni? Ganggu betul. Haha! Ler pasal Macross rerupanya. Mesir konfius nak letak status artwork Macross tu apa; manual drawing ke CGI (Computer Generated Image). Oh, kalau macam tu senang jer. Apa kata kita tanya sipembuat Macross tu sendiri? Kah kah. Ntah la. Eh, tetiba ada awek mana tah datang melawat opis kitorang ni. Damn! Wangi abes. Make-up pun tebal abes. Berdebu. Aku nengok awek ni biasa je. But, nengok gaya... high maintainance juga. Part make up dia pun dah cukup buat aku lelah tetiap bulan. Haha. Bercerita pasal make-up. Hmmm... kenapa pompuan takleh pisah ngan make up? Aku mmg oppose mende-mende fake beauty ni. But, ada jugak yg dah cukup lawa. Tapi dok masih pakai make up tebal-tebal. *WAHAHAHAHA!!! Huk aloohh... langsuir mana gelak smoking room tu? Oh Rina rupanya. Dia ni kalau gelak memang tak ingat dunia. Ah... jeling-jeling plak. Nak nengok, nengok jer la. Tak pun tanya jer terus. Hehe. Apa? Kenapa? Ni ha... aku cerita pasal budak opis aku sorang ni. Dok menjenguk aku taip blog, sebab dia tau aku tengah menaip blog... bukan wat kerja. Sebenarnya aku ni pakai taip jer apa yg terlintas dalam kepala otak aku. Tapi jujur ke aku? Hahaha. Sememangnya tidak! Dalam otak aku sebenarnya ada sorang budak dok berlari-lari... bermain-main kat dalam kepala otak aku. Suka jer dia. Bebas berlari-lari. Sedangkan aku memerangkap dia dalam kurungan otak aku. Itu cuma imaginasi. Imbasan silam. Yang pasti dia bebas berlari dalam dunia realiti. Sesekali dia terbang, mungkin. Hahaha. Biar la. Manusia perlu bebas. Tak kisah la bebas macam mana orang tu nak. Terbalik ke... tertonggeng ke... atau just vakum tak terlihat pada mata kasar, yang pasti... semua orang nak bebas & mereka berhak. Aku siapa nak kongkong orang? UH?!!! Lari jauh dah aku ni. Semalam aku citer kat awek aku pasal aku nak berjogging jauh-jauh. Kasik peluh bebanyak. Kasik penat satu badan. Dah penat leh tidur... rehat! Aku nak rehat. Nak rehat panjang? Macam serious jer kau ni Zaki? Yer la. Letih la hidup ni. Serious woooiii!!! Terngiang-ngiang plak kat otak aku lagu Radiohead "No Surprises" yang aku letak dalam page Myspace aku tu. Damn! Suara Thom Yorke sedih amat. Macam nak suruh aku tamatkan riwayat hidup aku skang gak. Pale hotak genius dia la. Babiks betul. Tapi best gak. Kasik torture otak satu kali. Baru ada akai! Hahaha. Teringat gak kat filem "What To Do In Case Of Fire", ada soundtrack lagu "No Surprises" ni. Hmm... apa melalut la plak aku ni. Eh? Dah pukul 5:06 petang? Biar betul? Kolum 8 pages pasal manga pilihan pun baru start sikit. Sempat ke? Uh... Naruto lagi. Kabut betul la. Camne ni? Ahad ni nak jogging lari jejauh ke? Masih berlari lagi ke budak tu dalam otak aku ni? Kenapa aku kurung dia dalam otak aku? Duit bulan ni cukup? Nak rekording. Duit rumah. Duit kereta. Special occasion untuk bulan ni lagi. Personal expenses? Kerja bertambah? Masa makin kurang? Nak buat artworks balik? Nak join exhibition semula? Nak balik JB? Uh... banyak betul otak aku ni dipermain-mainkan oleh pelbagai perkara. *BUTOH LU LA! Eh? Editor aku mencarut lagi? Eh? Mesir tak abes-abes cerita pasal aku tersalah anggap? Lawak la tu konon? Lawak la jugakkk!!! Hahaha! End.