|
J-PUNK: LAWAN BUDAYA? & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; Punk menggegar dunia pada tahun 1970-an dengan kemunculan ikon² punk seperti "Sex Pistols", "Clash", "Crass" & "Ramones". Jepun juga tidak terkecuali dengan tempias ini & gelaran "J-Punk" telah diberi kepada golongan remaja² punk di Jepun.
DEFINISI J-Punk/JP adalah singkatan kepada frasa "Japanese Punk" ataupun "Punk Orang Jepun". Golongan JP selalunya berpakaian pelik daripada kebiasaan dengan mengambil unsur² punk barat seperti di UK & USA. Fesyen rambut dan aksesori yang menghiasi mereka juga begitu unik serta sering dianggap bertentangan dengan tatacara budaya seharian. Ciri² utama: Rambut yang terpacak (mohawk/spiky), memakai jaket kulit yang berpaku (studded), kasut but, seluar kulit/jeans ketat, kain bondage*, kemeja-t kumpulan punk kegemaran serta aksesori² tambahan seperti rantai leher & gelang tangan. *pakaian tradisional masyarakat Scotland, UK
KRONOLOGI "Punk Rock" adalah genre muzik tema bagi pengikut² Punk seluruh dunia & ia mula bertapak di Jepun seawal tahun 1980-an. Genre muzik JP juga di gelar sebagai "Japcore" (Japanese Punk/Hardcore) & ia merupakan identiti yang amat dikenali oleh golongan² Punk sedunia. Antara kumpulan² JP terawal yang wujud pada tahun 1980-an adalah "The Stalin", "Gauze", "Gism", "Confuse", "Lip Cream", "The Swankys" & "Kuro". Ini diikuti oleh kumpulan² yang wujud di antara tahun 1990-an hingga kini seperti "Battle Of Disarm", "Unholy Grave", "Slight Slappers", "DxIxE", "Warhead" & "Nikudorei".
PENGARUH JP rata² banyak dipengaruhi oleh kumpulan² punk dari UK serta USA antara tahun 1970 hingga 1980-an seperti "Crass", "Conflict", "Discharge", "Doom", "Heresy", "Minor Threat" & "DRI". Namun, kumpulan² antarabangsa seperti "Lärm" (Holland), "Mob 47" (Sweden), "Rattus" (Finland) & "Negazione" (Itali) sedikit sebanyak menyumbang kepada budaya Punk yang menular di kalangan remaja Jepun sehinga kini.
PRINSIP Mereka mengamalkan prinsip "DIY" yang juga menjadi amalan aktivis² punk seluruh dunia. DIY adalah singkatan frasa "Do It Yourself" ataupun "Buat Sendiri"; berdikari tanpa mengharap pertolongan pihak lain secara langsung di dalam menjalankan aktiviti² yang berkaitan. Mereka menghasilkan rakaman lagu & mengadakan gig* dengan kerjasama sesama sendiri melalui prinsip DIY ini. Mereka percaya bahawa hasil titik peluh mereka akan dikaut sewenang-wenangnya melalui campurtangan pihak ketiga (orang tengah/kaum pemodal)! *persembahan kecil
AGENDA Antara agenda² yang sering mereka ketengahkan adalah perihal alam sekitar & kemanusiaan. Mereka berbicara tentang hak asasi manusia, anti peperangan, anti terhadap ujikaji haiwan, keharmonian & benci terhadap diskriminasi (perkauman) serta penindasan (fasisme).
Berikut adalah pendapat Ryuji Asada (seorang JP & vokalis kumpulan Battle Of Disarm/BOD) mengenai JP. Mereka telah mengadakan persembahan di Malaysia pada Mac 2004 lalu & masih aktif sehingga kini! "Kami ingin menyampaikan idea² mengenai hak asasi manusia, anti ujikaji terhadap haiwan serta anti peperangan. JP bagi saya ialah; "anda seharusnya jujur di dalam segala hal & melakukan apa yang diperkatakan". Gaya tidak menentukan anda sebagai JP yang sebenar! Masyarakat Jepun masakini tidak prihatin akan hak² asasi serta perihal permasalahan sosial. Mereka lebih gemar perkara yang berkaitan dengan wang & tidak peduli kepada mereka yang lebih memerlukannya".
Mereka digelar pemberontak, melawan arus & tentangan budaya, namun melalui kupasan ini jelas menunjukkan JP bukan hanya bersifat hedonistik semata-mata. Di samping minat mendalam terhadap muzik & berfesyen, ia juga menyumbang kepada ciri² prihatin yang serius terhadap masalah sosial yang melanda Jepun ketika ini. Banzai!!! Laman web rujukan: http://www.japuscore.com | http://www.jap-punk.com

|